
Program Anak Kita merupakan pendekatan “whole-of-nation” yang bertujuan mengatasi isu keciciran pembelajaran dalam kalangan murid di Malaysia.
Dilaksanakan hasil sinergi strategik antara Kementerian Kewangan dan Kementerian Pendidikan (KPM), program ini mencerminkan komitmen kerajaan dalam memperkukuh sistem pendidikan negara dan memastikan tiada anak kita yang tercicir.

Rapatkan Jurang, Ciptakan Peluang
- Tiga Fokus Utama Program Anak Kita
Gambaran Terkini
Jumlah Keseluruhan
Seramai 83,370 murid daripada 2,542 sekolah di seluruh Malaysia berada di bawah program anak kita yang disokong oleh 3,082 orang guru
Program 3M
Murid
Guru
Data dikumpulkan sehingga Mac 2025
Program 3M
Program 3M memperkukuh asas Membaca, Menulis dan Mengira
untuk murid Tahun 2 hingga 6

Negeri Terlibat
7
Daerah
116
Sekolah
1,346
Data dikumpulkan sehingga Mac 2025
Program SPM 2025
Inisiatif ini membantu calon SPM 2025,
terutama dalam subjek teras
Negeri Terlibat
16
Daerah
147
Sekolah
923
Data dikumpulkan sehingga Mac 2025
Pecutan SPM 2024
Inisiatif ini membantu calon SPM 2024,
terutama dalam subjek teras

Negeri Terlibat
16
Daerah
111
Sekolah
343
Data dikumpulkan sehingga Mac 2025
Kenali Program Anak Kita
Apa itu Program Anak Kita?
Program Anak Kita merupakan program intervensi kebangsaan yang holistik dan menyeluruh untuk mengatasi masalah keciciran pembelajaran dalam kalangan murid di Malaysia.
- Fokus utama program:
Meningkatkan Kemahiran Asas Literasi dan Numerasi (3M)
Membantu Calon SPM Berisiko Cicir
Mengembalikan dan Mengekalkan Murid dalam Sistem Persekolahan
Apakah intervensi pelaksanaan program ini?
Intervensi pelaksanaan program ini adalah
Latihan dan Bimbingan Guru
Pemberian Gajet dan Tablet
Pembangunan Modul dan Alat Bantu Mengajar
Penggunaan Aplikasi Pendidikan
Pembantu Guru
Bantuan Geran Kecil
Siapakah yang mendapat manfaat melalui Program Anak Kita?
Program ini memberi manfaat kepada
- Fokus
Murid sekolah rendah (Tahun 2-6)
Murid sekolah menengah (Tingkatan 5)
Guru dan pentadbir sekolah
Di mana program ini dijalankan?
Dilaksanakan di seluruh Malaysia
- Fokus
Program 3M
7 negeri:
Johor | Perak | Selangor | Kelantan | Kedah | Sabah | Sarawak
Program SPM
Seluruh negara | 16 negeri
Program Cicir Sistem
6 negeri:
Selangor | Kedah | Pahang | Sabah | Sarawak
Bila program ini berjalan?
Program intensif jangka masa sederhana, dan dirancang untuk impak maksimum.
- Fokus
Program 3M
Bermula
September 2024
Tamat pada
Disember 2025
Program SPM
Bermula
September 2024
Tamat pada
Jun 2026
Program Cicir Sistem
Bermula
September 2024
Tamat pada
Jun 2026

Program Anak Kita
Keutamaan diberikan untuk memberikan ruang peluang anak-anak bangsa meningkatkan keupayaan mereka, itu adalah keutamaan dan perbelanjaannya tertinggi dalam negara kita, malah tertinggi dalam sejarah negara kita sejak merdeka.
Sumber: Utusan Malaysia, Oktober 2024
YAB Dato' Seri Anwar Bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia
Program Anak Kita
Anak-anak bangsa tidak mampu dibiarkan tercicir. Mereka mesti diberikan segala kerjasama dan bantuan untuk meningkatkan keupayaan disamping memberikan ruang dan peluang kedua.
Sumber: Malaysia Gazette, September 2024
YAB Dato' Seri Anwar Bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia


Program Anak Kita (PAK) berada di landasan yang betul dalam membantu murid yang hampir tercicir untuk kembali yakin dan berjaya dalam pelajaran mereka, sekali gus melonjakkan pretasi pendidikan.
Sumber: Bernama, Julai 2025
YB Fadhlina binti Sidek,
Menteri Pendidikan





Pendidikan dan Ekonomi mempunyai hubung kait yang rapat dan pendidikan yang berkualiti adalah asas kepada kemakmuran negara. Melalui pendidikan, kita dapat melahirkan generasi yang berdaya saing dan inovatif, yang mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi mampan.
Sumber: Buletin TV3, September 2024
YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II





Dulu saya takut, tapi sekarang saya lebih yakin membaca!
Terima kasih Cikgu Zainal! (Guru Menti Siswazah)
Muhammad Ashraafy bin Kamarul Baharin
Tahun 3 Akil
SK Jalan Pegawai, Kota Setar, Kedah
Rakan Pelaksana Program
Kerjasama erat bersama pelbagai rakan pelaksana strategik yang memainkan peranan penting dalam memastikan keberkesanan pelaksanaan di lapangan. Mereka terdiri daripada badan profesional, universiti awam, organisasi pendidikan dan CSO yang berpengalaman dalam intervensi murid serta pembangunan kapasiti guru.











Cerita ImPAK


Tuisyen Peningkatan Pencapaian
Tuisyen Peningkatan Pencapaian


Program Literasi
Program Literasi


Majlis Pelancaran Program Anak Kita
Majlis Pelancaran Program Anak Kita


Nadi di Bilik Darjah: Guru, Harapan Masa Depan Anak Kita
Nadi di Bilik Darjah: Guru, Harapan Masa Depan Anak Kita
Soalan Lazim
1. Apakah itu Program Anak Kita?
- Program Anak Kita ialah inisiatif kerajaan di bawah Reformasi Pendidikan yang bertujuan menangani kehilangan pembelajaran di Malaysia pasca Covid-19. Ia mengguna pakai ‘Whole-of-Nation Approach’, melibatkan Kementerian Kewangan, Kementerian Pendidikan, organisasi masyarakat sivil, universiti, syarikat korporat dan rakan-rakan strategik dalam usaha menyokong pendidikan anak-anak Malaysia.
2. Bagaimanakah sekolah dan murid dipilih untuk menyertai Program Anak Kita?
Proses Pemilihan: Sekolah-sekolah dipilih oleh Kementerian Pendidikan (KPM) berdasarkan analisis data. KPM bekerjasama rapat dengan sekolah untuk mengenal pasti murid yang paling memerlukan sokongan akademik tambahan.
Kriteria Penyertaan:
Keutamaan diberikan kepada sekolah yang dikenal pasti mempunyai peratusan murid yang memerlukan sokongan akademik tambahan yang lebih tinggi.
Bagi Program 3M di sekolah rendah, ia melibatkan sekolah yang mempunyai bilangan murid dalam kelas pemulihan yang tinggi. Murid Tahun 2 hingga 6 yang berada dalam kelas pemulihan akan menyertai program ini secara automatik dan ia program ini akan dijalankan semasa waktu persekolahan.
Bagi Program SPM di sekolah menengah, tumpuan diberikan kepada sekolah yang mempunyai ramai murid dengan pencapaian akademik yang rendah. Murid disenarai berdasarkan perkembangan pembelajaran individu mereka dan keperluan sokongan untuk menamatkan peperiksaan SPM, menerusi model pembelajaran hibrid bagi meningkatkan capaian dan penyertaan.
3. Bagaimanakah Program Anak Kita akan memberi manfaat kepada anak saya?
Terdapat tiga sub-program di bawah Program Anak Kita:
- Program 3M (Sekolah Rendah): Menyokong murid Tahun 2 hingga Tahun 6 dalam menguasai asas literasi dan numerasi (membaca, menulis dan mengira) melalui intervensi berfokuskan murid serta pemantapan keupayaan guru.
- Program SPM (Sekolah Menengah): Membantu calon SPM melalui program pecutan (2024) dan tuisyen (2025) dengan tumpuan kepada subjek wajib (BM & Sejarah) dan keperluan kelayakan universiti (Matematik), serta inisiatif membina keyakinan dan bimbingan kerjaya pasca-SPM.
- iii. Program Murid Cicir (Sekolah Rendah & Menengah): Menyediakan intervensi bersasar secara peribadi kepada murid yang berisiko untuk tercicir melalui lawatan rumah, kaunseling, bantuan asas dan sokongan untuk menggalakkan kesinambungan ke sekolah.
4. Bagaimanakah Program Anak Kita akan dilaksanakan?
- Program ini direka untuk menyokong guru melalui pemantapan keupayaan dan kecekapan di dalam bilik darjah, supaya isu pembelajaran dapat ditangani dengan lebih berkesan dan mampan tanpa menambah beban kerja guru. Program dijalankan semasa waktu persekolahan, dan aktiviti tambahan selepas waktu sekolah bergantung kepada pelaksanaan di sekolah masing-masing. Untuk murid SPM, sokongan tambahan seperti tuisyen dalam talian dan bimbingan intensif disediakan sepenuhnya di luar waktu persekolahan.
5. Bagaimanakah anak saya akan dinilai melalui Program Anak Kita?
- Kemajuan murid diukur menggunakan kaedah sedia ada oleh KPM, dengan rakan pelaksana membekalkan data kepada sekolah. Laporan kemajuan dikongsi melalui mesyuarat ibu bapa dan laporan sekolah, dengan prestasi murid ditunjukkan melalui Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Komunikasi dengan ibu bapa pula akan dikendalikan oleh pihak sekolah.
6. Adakah terdapat sebarang kos tambahan yang perlu saya tanggung untuk Program Anak Kita?
- Semua kos yang berkaitan ditanggung sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan (MOF) dengan sokongan Kementerian Pendidikan (KPM).
7. Adakah penyertaan dalam Program Anak Kita akan menjejaskan masa depan anak saya atau menyebabkan mereka dilabel sebagai “murid pemulihan pembelajaran”?
- Tidak. Penyertaan dalam program ini tidak akan menyebabkan murid dilabel sebagai “murid pemulihan pembelajaran”. Fokus utama program ini ialah untuk membina keyakinan dan memperbaiki pencapaian akademik murid tanpa stigma. Matlamatnya adalah untuk menyerlahkan potensi setiap anak dan menyokong mereka mencapai cita-cita.
8. Apakah langkah yang diambil untuk melindungi data, privasi dan keselamatan murid yang terlibat dalam Program Anak Kita?
- Rakan pelaksana bertanggungjawab memastikan keselamatan data, privasi dan keselamatan semua murid yang terlibat, termasuk Kementerian Kewangan (MOF) dan Kementerian Pendidikan (KPM).
- Langkah keselamatan ketat dilaksanakan untuk melindungi maklumat sensitif. Sebagai contoh, semua sesi pembelajaran dijalankan dalam kumpulan dan di dalam kawasan sekolah bagi memastikan persekitaran yang selamat dan terkawal untuk murid.
9. Apakah alat dan kaedah penilaian yang digunakan untuk mengesan kemajuan murid dalam literasi dan numerasi, dan seberapa kerap laporan kemajuan diberikan kepada ibu bapa?
- Kemajuan dinilai menggunakan kaedah sedia ada oleh Kementerian Pendidikan dengan data tambahan disediakan oleh rakan pelaksana kepada sekolah. Laporan kemajuan pula dikongsi melalui perjumpaan ibu bapa seperti PIBG dan laporan sekolah, dengan prestasi murid dinilai menerusi Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Komunikasi dengan ibu bapa diuruskan oleh pihak sekolah.
Berita

1,255 pelajar Sarawak bakal terima manfaat daripada Program Anak Kita: SPM 2025

UPSI & JPN Melaka perkasa program Anak Kita: SPM 2025, 713 pelajar terima manfaat

1,255 pelajar Sarawak bakal terima manfaat daripada Program Anak Kita: SPM 2025
